Adakah Muhammad seorang 'Paedophile'..?

Menurut Microsoft Encarta Dictionary, perkataan 'Pedophile' bererti 'an adult who has sexual desire for children or who has committed the crime of sex with a child..' yang bermaksud 'seorang dewasa yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak ataupun mereka yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.'

Musuh-musuh Islam pada hari ini cuba untuk mengelirukan serta memperdaya umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi merupakan seorang 'pedophile', berdasarkan fakta bahawa Nabi mengahwini isterinya Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun (tetapi hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun..)

Ye ke?

Walaupun terdapat sesetengah pihak yang berusaha membuktikan bahawa umur Aisyah ketika itu bukanlah 6 tahun seperti yang digembar-gemburkan dengan membawa bukti beberapa peristiwa sejarah dan beberapa hadith yang lain, namun kita cuba untuk memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak.

Anda boleh membaca tentang perbahasan umur Aisyah r.a. di sini

Fadel Soliman, pengasas Bridges Foundation, sebuah pertubuhan yang diasaskan di Mesir bertujuan memberi penerangan tentang Islam kepada masyarakat dunia, terutamanya masyarakat barat, sewaktu mengadakan sebuah bengkel di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pernah memberikan sedikit panduan untuk menjawab persoalan seperti ini jika dikemukakan.

Macam mana nak jawab?

1) Children Marriage, secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, jenis pertama yang lebih biasa dipraktikkan, iaitu mengahwinkan kanak-kanak perempuan kepada seorang lelaki dewasa, dan kedua, iaitu mengahwinkan 2 orang kanak-kanak sejak kecil, tetapi diasingkan sehinggalah mereka mencapai umur yang sesuai untuk hidup sebagai suami isteri.

2) Perkahwinan jenis pertama dahulunya diamalkan secara meluas di serata dunia, namun ianya semakin berkurangan akibat manusia telah menjalani proses tamadun yang kebanyakannya menekankan hak-hak manusia dan hak-hak kanak-kanak.

3) Di zaman Nabi s.a.w, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan merupakan satu kebiasaan dan telah menjadi adat masyarakat Arab ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Aisyah r.a. ketika beliau masih dalam umur kanak-kanak merupakan perkara biasa ketika itu.. Kebiasaan yang tidak mendatangkan sebarang keaiban mahupun merendahkan martabat Nabi s.a.w. Ianya hanya menjadi janggal jika ianya dilihat dari kaca mata masyarakat dunia hari ini.

4) Perkahwinan Nabi dengan Aisyah tidak melanggar sebarang undang-undang agama Islam, mahupun adat istiadat masyarakat Arab ketika itu. Ianya dijalankan dengan sah dan dengan kerelaaan daripada kedua-dua belah pihak.

5) Nabi dan Aisyah tidak terus hidup bersama sebaik sahaja berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung sebelum hijrah ketika Aisyah berumur 6 tahun, dan hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun

Apa buktinya?

Cuba kita perhatikan.. Musuh-musuh Islam ketikamana dakwah Nabi berlangsung di Mekah dan Madinah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghina Nabi dan menghentikan dakwah Nabi dengan menyebarkan berita palsu bahawa Nabi merupakan seorang penyair, orang gila, ahli sihir, pembohong besar, inginkan pangkat dan harta dan sebagainya..

Namun pernahkah kita jumpa kisah di mana Abu Jahal dan Abu Lahab menggelarkan Nabi sebagai seorang Pedophile?

Hal ini jelas menggambarkan bahawa adat masyarakat Arab ketika itu tidak menganggap perkahwinan dengan kanak-kanak merupakan satu keaiban atau kejanggalan.. Jika tidak, sudah tentu hal ini menjadi point besar kepada mereka untuk menjatuhkan kredebiliti Nabi s.a.w.

Perkahwinan Kanak-kanak Masih Diamalkan Sehingga Hari Ini

Perkara ini tidak menjadi kehairanan dalam masyarakat Arab 1400 tahun dahulu.. Malah ianya masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat di dunia sehinggalah hari ini.

Contohnya menurut wikipedia.org, kira-kira 45% kanak-kanak perempuan di Bangladesh berkahwin sebelum mencapai umur 15 tahun.. Begitu juga di sebahagian kawasan di India dan Afrika.

Justeru, dakwaan ini merupakan dakwaan yang tidak berasas dan hanya berniat untuk mengelirukan umat Islam dan juga menjatuhkan imej Nabi s.a.w.

Marilah kita sama-sama memuliakan serta membersihkan nama Nabi kita di kalangan masyarakat dunia. Ini merupakan tanggung jawab serta kewajipan setiap individu muslim. Jangan hanya berkobar-kobar, tetapi sebenarnya melupakan Nabi.

Sebarkanlah artikel ini jika anda benar2 mencintai rasulullah s.a.w..

                            

Benarkah Muhammad Seorang Nabi Yang Ummi?

MUHAMMAD ADALAH SEORANG NABI YANG UMMI/BUTA HURUF

Penulis : akukamudandia

Dalam mempelajari ilmu aqidah,,kita akan dapati sifat Nabi SAW terbahagi kepada tiga :
i] sifat yg wajib bg Rasul
ii] sifat yg mustahil bg Rasul
iii] sifat yg harus bg Rasul

Sifat wajib bg Rasul ada 4 :
i] sidiq (benar)
ii] amanah (jujur)
iii] tabligh (menyampaikan)
iv] fatonah (cerdik)

Sifat mustahil ialah sifat yg berlawanan dgn sifat wajib bg Rasul :
i] dusta
ii] khianat
iii] tdk menyampaikan dakwah
iv] dungu/bodoh

Sifat harus bagi Rasul ada 1 :
i] bersifat dgn segala sifat basyariyyah [ manusia ]

Disini perlu diingat bahawa Ummi/Buta Huruf itu tidak termasuk dlm sifat mustahil seorang Rasul tetapi Ummi ini dikategorikan dlm Sifat Harus bagi Rasul iaitu Sifat Manusia. Ini tidak sama sekali menafikan sifat fatonah (cerdik) kerana betapa ramai orang yg buta huruf tetapi bijak apatah lagi Nabi SAW yg dianugerahkan mu'jizat kpdnya


Maksud Ummi/Buta Huruf

Perkataan 'ummi' merupakan perkataan bahasa arab yg boleh membawa banyak makna. Apabila perkataan ini merujuk kpd bangsa Arab, ia bermakna tidak pernah menerima kitab suci daripada Allah.Apabila merujuk kpd Nabi, ia membawa makna Buta Huruf.


Nabi Muhammad SAW adalah seorang Arab yang tinggal di Makkah, beliau berbahasa Arab dan tidak paham bahasa Suryani atau Ibrani, dua bahasa yang digunakan oleh umat Nasrani dan Yahudi. Jadi, Baginda tidak boleh membaca kitab samawi terdahulu. Maksudnya, beliau tidak boleh baca kitab Taurat, Injil dan Zabur.


Melihat masalah ini dari pandangan masyarakat Arab yang hidup 1400 tahun yang lalu.

Tidak boleh membaca dan menulis bukan bererti ia lambang kebodohan, sebab masyarakat setempat di mana Baginda hidup memang tidak mempunyai budaya membaca dan menulis. Ini adalah kerana masyarakat Arab mempunyai kelebihan dalam mengingati kalimat dengan sempurna. Buat mereka, menghafal 100 bait syair cukup dengan sekali mendengar. Jadi, kalau semua hal boleh dihafal, buat apa lagi ditulis.

Budaya membaca dan menulis tidak terlalu banyak berkembang di tanah Arab pada masa itu. Sebaliknya, orang Arab biasanya menghafal begitu saja.


Sains dan Sifat Ummi/Buta Huruf Muhammad
 
Di dalam Al-Quran kita dapat melihat, mengkaji, dan belajar tentang banyak perkara berkaitan sains. Antara ilmu sains yang popular yang terdapat dalam Al-Quran adalah ilmu astronomi, matematik, biologi, undang-undang, dan sbg. Dalam Al-Quran kita dapat belajar tetang proses kejadian manusia, tentang planet-planet, bagaimana bulan mengelilingi bumi dan bumi mengelilingi matahari, ilmu hisab atau matematik,dan sbgnya.

Bagaimana perkara ini dikaitkan dgn sifat ummi Rasulullah? Kita tahu, ilmu sains yg terdapat dlm Al-Quran,sebahagian besar darinya mula dapat dibuktikan pada kurun ke 20. Pada zaman Rasulullah, perkara tentang sains ini adalah sesuatu yang belum wujud atau terlalu asing bagi zaman itu. Namun begitu, Muhammad dapat menerangkan tentang perkara ini dgn lengkap. Jadi, bagaimana hendak dibuktikan yang Al-Quran itu diTULIS oleh Muhammad sedangkan Muhammad dan orang-orang Arab pada masa itu tidak mengkaji sains.

Muhammad yang tidak tahu membaca dan menulis ini tidak mungkin membaca atau mengkaji ilmu ini dari kitab-kitab atau buku-buku bangsa dan masyarakat lain.

Muhammad dituduh sbg pembohong dan Al-Quran hanyalah dongengan semata. Ilmu Al-Quran dapat dibuktikan pada kurun ini jadi Muhammad bukan pembohong spt yg dinyatakan oleh orang kafir. Bagaimana Muhammad tahu tentang ilmu ini? Tentulah ianya datang dari Tuhan kerana adalah mustahil dan tidak logik sekiranya kita katakan ilmu tersebut direka oleh Muhammad. Ini sekali gus menafikan anggapan orang kafir yang mengata Al-Quran adalah dongeng dan rekaan semata.

 
Penjelasan Ayat Al-Quran tetang Muhammad pandai membaca

Berikut adalah beberapa ayat dari Al-Quran yang sering disalah tafsirkan oleh sesetengah orang tentang sifat ummi Rasulullah.

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua oranganak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah)……………..
(Surah Al-Maaidah, Ayat 27)
 
 
Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun;dan…………..
(Surah Al-An’aam, Ayat 151)
 
 
"Demikianlah Kami mengutus kamu(Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kepadamu......"
(Surah Ar-Ra’d, Ayat 30)
 
 
Dan Al-Qur’an itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
(Surah Al-Israa’, Ayat 106)
 
 
“Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Qur’an”. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Qur’an dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya ituakan terpulang kepada dirinya…………….
(Surah An-Naml, Ayat 92)
 
 
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Qur’an) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbir Nya, lagi Maha Mendalam pengetahuan Nya.
(Surah Al-Ahzaab, Ayat 34)
 
 
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan…………
(Surah Al-Jumu’ah, Ayat 2)
 
 
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(Surah Al-’Alaq, Ayat 1)

Setelah penelitian saya, juga diambil dari kalimah 'tilawah' dan 'qiraah' serta derivatives kpd perkataan2 tersebut..

'yutla' atau masdar (noun/gerund) nya 'tilawah' dan juga 'qiraah' lebih bermaksud 'recite' dalam bahasa inggerisnya.. ia merujuk kepada membaca tanpa melihat teks, seperti mana seorang hafiz al-quran membaca al-quran..

mungkin kerana perkataan bahasa melayu yang amat terhad bilangan perkataannya, 'tilawah' masih diterjemah kepada 'membaca', lantas difahami sebagai membaca dengan melihat tulisan..

maka ayat2 tersebut mengisahkan nabi membaca al-Quran yg telah baginda hafaz tanpa melihat teks..


Nabi Tidak Menulis

Dan mereka berkata lagi: “Al-Qur’an itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta olehMuhammad supaya
dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)”.
(Surah Al-Furqaan, Ayat 5)


Kalimah 'iktataba' dalam surah furqan ayat 5 juga tidak boleh diterjemahkan sewenang-wenangnya kepada makna 'menulis', kerana perkataan yg lebih tepat membawa maksud menulis ialah  'kataba'. saya rujuk kamus arab-melayu, 'iktataba' boleh diterjemah kepada makna 'minta menulis'.. kerana dalam ayat tersebut juga disebutkan 'fahia tumla'alaihi..' yang bermakna, orang kafir mendakwa, kisah dongeng itu, setelah diminta oleh Nabi supaya dituliskan, ianya dibacakan ke atas Nabi pada waktu pagi dan petang.. (menggunakan SIGHAH MAJHUL atau ayat pasif)..

jika benar Nabi yang menulisnya in the first place, buat apa Nabi meminta mereka untuk membacakannya kembali ke atas Nabi selepas itu?? terjemahan yang saya berikan ini selari dengan apa yang dinyatakan di dalam terjemahan Tafsir   Pimpinan Ar-Rahman dan Terjemahan Al-Quran cetakan Arab Saudi..


Cuba Hayati Kisah Ini

Keadaan Nabi S.A.W. yang buta huruf dapat dibuktikan melalui peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, ketika mana berlangsungnya dialog antara pihak Quraisy yang diwakili oleh Suhail Bin Amru dan pihak Muslimin. Rasulullah S.A.W. mewakilkan Ali Bin Abi Thalib r.a. untuk menuliskan perjanjian bagi pihak Baginda. Baginda memerintahkan Ali r.a. utk menulis kalimah 'Bismillahirahmanirahim"


-Lalu Suhail pun berkata, “Adapun Ar-Rahman itu, demi Allah s.w.t. aku tidak mengenali siapa Dia. Tulislah Bismikallahumma (dengan nama EngkauYa Allah).” Lalu Rasulullah S.A.W. pun memerintahkan Ali r.a. lagi untuk menulis, “Inilah yang dipersetujui oleh Muhammad Rasulullah dan Suhail Bin Amru.” Ali r.a. pun menulis sebagaimana yang dikehendaki Rasulullah saw.


-Namun Suhail enggan lalu berkata, “Demi Allah s.w.t., jika kami sudahpun mengakui bahawa kamu adalah Rasulullah, nescaya kami tidak akan menghalang engkau daripada menziarahi Baitullah dan kami tidak akan memerangi kamu. Tulis sahajalah namamu dan nama bapamu.” Maka Rasulullah S.A.W. pun menjawab, “Demi Allah s.w.t., aku merupakan pesuruh-Nya. Tetapi jika engkau masih ingin mendustakannya, tulis sahajalah Muhammad Bin Abdullah…” dan Baginda memerintahkan Ali r.a.agar memadamnya.


-Tetapi, keimanan yang kental dalam hati Ali r.a. menyebabkannya enggan untuk memadam kalimah ‘Rasulullah’ kerana ianya seakan-akan menafian kedudukan Baginda sebagai pesuruh Allah. Lalu Nabi bersabda, “Maka tunjukkanlah aku tempatnya.” Maka Rasulullah S.A.W. pun memadamnya dengan tangan Baginda sendiri, setelah ditunjukkan kedudukan kalimah‘Rasulullah’ itu oleh Ali r.a.


Para Ulamak bersepakat dalam menyatakan bahawa keadaan Nabi yang buta huruf itu, bukanlah menunjukkan kelemahan serta kekurangan diri baginda. Tetapi sebaliknya ianya merupakan satu kemuliaan bagi NabiS.A.W. dan secara tidak langsung telah dapat menangkis hujah-hujah musuh yang mengatakan bahawa Al-Quran ini merupakan hasil tulisan serta karangan daripada diri baginda sendiri, seperti mana yang telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran:

Dan orang kafir itu berkata, Al-Quran ini tidak lain hanyalah pembohongan yang diadakan oleh Muhammad, serta dia dibantu oleh kaum-kaum yang lain (seperti kaum Yahudi dan sebagainya).” (SurahAl-Furqan : 4)

p/s : hmmm.. ada sesetgh org menafikan sifat ummi Rasulullah.. Berdasarkan kisah perjanjian hudaibiyah ini, jika nabi tahu menulis, membaca, dan mengenal huruf, mengapa perlu Ali  Bin Abi Thalib r.a menjadi wakil baginda utk menulis isi kandungan perjanjian hudaibiyah?.. Jika nabi dpt membaca, mengapa baginda menyuruh Ali menunjukkan kedudukan kalimah 'Rasulullah'? Renung2kan......... (akukamudandia terharu dgn tahap keimanan Ali bin Abi Thalib r.a sehinggakan beliau tidak mahu memadamkan kalimah 'Rasulullah' kerana perbuatan itu seakan2 menjatuhkan kedudukan baginda.

Hakcipta tidak terpelihara. Tolong sebarkan - akukamudandia